Dalam ruang ini saya kongsikan beberapa tumbuhan herba serta kegunaanya.
Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.
Minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dan cuci bahan toksid dari badan.
Akar pokok dukung anak dapat menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas.
Ubat kencing berdarah dan batu karang ambil pokok dukung anak beserta akarnya, rebuskanlah dan minum airnya 2 kali sehari.lakukan selama 5 hari berturut-turut. Pastikan yang buahnya dah masak warna kemerahan.
Merawat penyakit Hepatitis B.Caranya rebuskan dan campurkan dengan susu kambing dan sesudu air zam-zam.
Ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning. Caranya ambil pokok dengan akarnya sekali cuci sikit kalau ada tanah..pastu rebus sampai airnya jadi kuning...pastu mandikan baby 2x sehari.
Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai dikawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Walupun ia mudah dijumpai namun tidak ramai yang mengetahui khasiatnya.Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki(25-30 cm).Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda.Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat dibahagian atas dan agak kelabu dibahagian bawah.Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak.Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun dinegara bukan tropika seperti eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.
kegunaan:
Jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema,dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul, jerawat dan kulit melecur.Ia juga boleh digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik.
Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut. Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.
No comments:
Post a Comment